Thursday, 4 October 2012

Sedikit info untuk pengetahuan semua..

1.Apakah peranan paling utama setiap marshall konvoi?

-Ketahanan mental dan fizikal

-Menjaga keselamatan peserta konvoi dan pengguna jalan raya yg lain.. kedua2nya mesti dititik beratkan.

-Kelengkapan diri (Ilmu, Pakaian dan lain2..)

-Mentaklimatkan peserta dan Marshall yg dilantik (bg ketua Marshall..)

2.Apakah yg boleh dan tidak boleh dilakukan oleh marshall ketika didalam berkonvoi?

*Boleh..
-Mengarahkan peserta konvoi sepaya dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga supaya kenderaan konvoi tidak terputus dari barisan konvoi..

*Xboleh..
-Menghalang kenderaan lain dari memasuki barisan konvoi
-Melanggar lampu isyarat sesuka hati kecuali mempunyai sebab2 kukuh atau tertentu..
-Menghalang @ mengganggu pengguna jalan raya yg lain..
-Berkelakuan merbahaya ketika memandu..
-Angkuh.. mementingkan diri..
-Memotong kenderaan lain sesuka hati..

3.Apakah tujuan marshall diwujudkan?
-Melancarkan perjalanan konvoi (Lebih bagus jika dibantu Polis Eskot)

4.Apakah peranan Marshall terhadap ahli konvoi dan sebaliknya?

*Peranan Marshall terhadap ahli konvoi
-Menjaga konvoi dan memastikan peserta tidak berkelakuan luar jangkaan..

*Peranan peserta terhadap Marshall
-Mematuhi syarat2 yg telah ditetapkan dan arahan yg dikeluarkan oleh marshall.

5.Apakah tindak balas ahli2 konvoi apabila ketua konvoi memberi isyarat? -Menyampaikan isyarat sehingga pengetahuan peserta terakhir dengan jelas..

Diantara etika semasa berkonvoi..
1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak pemanduan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna pemanduan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek).

4. Sentiasa jaga jarak antara peserta yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong.

7. Tiada marshall diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat(merah atau berhenti). Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat.

8. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

9. Jika seseorang peserta baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya memandu kenderaan dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

10. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

11 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda memandu mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

12. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

13. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan kenderaan anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan peserta lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau meletakkan kenderaan beliau jauh dari pandangan orang ramai.